NOMBOR pendaftaran pada kenderaan dibida paling tinggi.JPJ buka bidaan pendaftaran tahun depan
KUALA LUMPUR: Rekod RM300,100 untuk nombor pendaftaran kenderaan MCA1 kemungkinan dipecahkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula membuka bidaan pendaftaran siri WWW tahun depan. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata nombor itu adalah akronim popular untuk pengguna internet, ‘World Wide Web’.
“Itu jangkaan saya dan rekod bidaan MCA1 itu mungkin pecah, kerana WWW sering digunakan orang ramai ketika melayari internet,” katanya kepada Berita Minggu sambil menambah JPJ mengutip kira-kira RM150 juta setahun melalui tender dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan.
Nombor pendaftaran MCA1 mencatat rekod dalam sejarah negara apabila muncul sebagai nombor pendaftaran yang mendapat tender tertinggi iaitu RM300,100. Ia dimiliki syarikat dari Johor Bharu yang memenangi bidaan nombor pendaftaran MCA2 pada harga RM101,000.
Jumlah itu mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang nombor pendaftaran TAY1 yang ditender pada harga RM242,000 dan diikuti TAN1 pada harga RM200,900.
Namun nilai itu masih dianggap rendah kerana rekod nombor pendaftaran kenderaan paling mahal di dunia dipegang usahawan dari Dubai, Saeed Abdul Ghafour Khouri, yang sanggup membelanjakan RM42 juta (AS$14 juta) untuk nombor pendaftaran ‘1’ tiga tahun lalu di negaranya.
Fenomena membeli nombor pendaftaran pada harga tinggi sehingga melebihi nilai kenderaan, sudah menjadi satu trend pada zaman sekarang.
Bagaimanapun Solah berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana individu atau organisasi yang berminat membeli nombor pendaftaran dikeluarkan jabatan itu.
Katanya, JPJ mengamalkan tender nombor pendaftaran secara terbuka kepada semua individu atau syarikat dan tiada nombor pendaftaran dikhususkan kepada individu atau syarikat tertentu.
“Pembida yang menawarkan harga tawaran tertinggi akan ditawarkan nombor pendaftaran dibida. Urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran menyumbang kepada enam peratus kutipan keseluruhan dan menjadi kutipan ketiga tertinggi selepas urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu,” katanya.
Selain itu, beberapa nombor pendaftaran khas yang menjadi milik khas pertubuhan seperti nombor pendaftaran bermula awalan Z adalah untuk angkatan tentera, CC untuk Kor Konsul, DC (Kor Diplomatik), UN (wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan PA diperuntukkan kepada Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa.
Terbaru nombor pendaftaran G1M merujuk kepada Gagasan 1 Malaysia diberi kepada Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin, 29, atau Qobin untuk dijual bermula dari siri 1 hingga 2000 bagi menampung misinya, Ekspedisi Tujuh Puncak Tujuh Benua Tujuh Nilai (7 Summits).
NOMBOR pendaftaran pada kenderaan dibida paling tinggi.
Cadangkan nak tender gak ni tp xtau nk tender no. pe yer?
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeleteWWW44, WWW74 or WWW88 (confirm mahal giler)?
ReplyDeleteye betol...kalo da berkenan terpakse la keluarkan duit...
ReplyDelete