Selamat Hari Raya Aidilfitri




Wednesday 1 June 2011

Sekiranya Kau Membalas Cintaku

Sekiranya kau membalas cintaku
Pastinya aku akan buktikan kesetiaanku
Apabila aku menyerahkan cintaku
Buat selamanya ku ingin bersama...

Sekiranya kau membalas cintaku
Pastinya aku akan merasa sungguh bahagia
Selamanya ini ku hanya pendam perasaan
Bimbang hatiku nak berterus terang...

Oh mengapakah lidahku kelu untuk menyatakan
Sedangkan dalam hatiku rasa sayang
Oh dapatkah kau membalas cintaku dengan setia

Dan menjadi kekasihku selamanya...

Akan kutabirkan rindu merentasi taman cinta
Agar sering terpancar pada wajah
Ingin aku membawamu ke alam yang indah syahdu
Mensyukuri hikmat Tuhan atas segalanya...

Alangkah indahnya mimpi jadi nyata
Kita menyimpul cinta didalam hati
Biar apa yang terjadi kita bersama
Sekiranya kau membalas cintaku...

No comments:

Post a Comment