Selamat Hari Raya Aidilfitri




Tuesday, 9 August 2011

Kuih Kacau Durian


Kuih tradisi Johor ini memang manis dan tahan disimpan lama.Simpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya daripada cepat masam.

Bahan-bahan:

500 gm isi durian

500 gm gula - kalau tidak suka terlalu manis kurangkan mengikut selera

3/4 cawan tepung - untuk memekatkan kuah
beras atau tepung
gandum

1 1/2 biji kelapa - ambil satu mangkuk pati santan

2 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

1. Lecek isi durian hingga halus kemudian campurkan dengan
bahan lain. Kacau hingga rata.

2. Kacau atas api perlahan hingga betul-betul pekat dan
hampir kering baru masukkan tepung sedikit demi sedikit
sambil terus dikacau supaya tidak bergentel.
Bila sudah kering bolehlah diangkat.


- Kepekatan kuih kacau terpulang kepada selera masing-masing.
Jika suka yang lembik tidak perlu habiskan tepung.

1 comment: